REFLEKSI KENDIRI
Melalui
penglibatan dan pengalaman semasa menjalankan Proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, saya dapat melihat
beberapa aspek yang perlu diperbaiki terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya laksanakan di sekolah tersebut sama ada dari aspek-aspek
yang dilihat itu adalah aspek positif, aspek negatif dan aspek yang menarik
perhatian.
7.1 ASPEK-ASPEK
POSITIF YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN
¨ Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi
antara pelajar dan guru sangat penting dalam penyampaian ilmu. Dengan itu,
penyampaian secara teratur dan mudah difahami pelajar sangat diperlukan.
¨ Rancangan Pengajaran Harian perlu disediakan
sebelum proses P&P dijalankan. Ini akan memberi garis panduan kepada guru
untuk melaksanakan aktiviti di dalam kelas.
¨ Pengawalan kelas merupakan aspek penting ketika
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Dengan kawalan kelas yang baik
akan membantu proses P&P agar berjalan dengan lancar.
¨ Hubungan mesra wujud sesama masyarakat sekolah
iaitu antara guru, pentadbir dan pelajar-pelajar. Selain itu pelajar
mengamalkan konsep memberikan senyuman, tanda hormat dan memberi salam kepada
guru-guru dan orang yang lebih tua serta tetamu yang hadir perlu dijadikan
contoh kepada semua bakal guru dan masyarakat. Dengan amalan ini menyemai sifat
saling hormat-menghormati dan berkasih sayang sesama manusia.
¨ Interaksi dan komunikasi yang mesra terjalin di
antara guru dengan kakitangan dan juga pelajar. Situasi seperti ini menjadikan
soal pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikendalikan dalam
suasana yang selesa dan tidak memberi tekanan.
¨ Kesungguhan guru-guru di sini dalam mendidik para
pelajar wajar saya jadikan sebagai panduan kerana menjadi tanggungjawab seorang
guru untuk menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin. Guru-guru di sini bersedia
mengorbankan tenaga dan masa walaupun pada waktu hujung minggu dalam
melaksanakan tugas mendidik pelajar.
7.2
ASPEK-ASPEK YANG BOLEH
DIPERBAIKI
¨ Cara penyampaian guru hendaklah selaras dengan
kemampuan pelajar. Penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai dengan tahap
pemikiran pelajar sedikit sebanyak membantutkan proses penyampaian ilmu. Hal
ini kerana tidak keseluruhan pelajar di dalam kelas mempunyai kemampuan atau
kefahaman yang sama.
¨ Bahan bantu mengajar perlulah jelas dan sesuai
dengan kedudukan pelajar di dalam kelas. Bahan bantu mengajar yang kecil akn
merumitkan pelajar untuk membacanya..
¨ Guru perlu tenang menghadapi situasi pelajar yang
berbagai. Pelajar-pelajar yang berlatar-belangkan pendidikan yang berbeza akan
mewujudkan situasi pembelajaran yang berbeza antara setiap individu.
7.3
ASPEK-ASPEK YANG MENARIK
PERHATIAN
Melalui pemerhatian yang dibuat, guru
akan memastikan kelas berada di dalam keadaan bersih dan kemas sebelum
memulakan pengajaran. Alat Bantu mengajar seperti carta, jadual dan gambar
rajah dilekatkan di papan kenyataan bagi memudahkan murid membuat rujukan. Di
dalam kelas juga terdapat sudut bacaan di mana murid boleh mendapatkan bahan
bacaan tambahan. Di samping itu, susun atur perabot dan
pembahagian kumpulan juga amat dititikberatkan. Perbezaan jantina di dalam
pembahagian kumpulan memberi peluang kepada pelajar untuk bergaul dengan lebih baik, tertib,
bertanggungjawab, menjaga adab kerja berkumpulan yang walaupun tidak bercampur
dengan kumpulan, mereka tetap bercampur belajar di dalam kelas yang sama. Hal ini juga dapat meluaskan lagi ruang
persefahaman dan tolenrasi antara pelajar.
Selain suasana kelas,
peraturan dan disiplin juga mendorong ke arah keberkesanan P&P. Disiplin
dapat membentuk tingkah laku baik manakala peraturan dapat mengawal dan
mencorakkan tingkah laku positif disamping mencegah pelajar daripada melakukan
perbuatan yang tidak diingini. Guru perlu tegas melaksanakan peraturan yang
telah dibuat untuk kebaikan pelajar.
Seperkara lagi yang menarik
perhatian saya ialah sikap pelajar-pelajarnya yang menghormati guru. Walaupun
terdapat pelajar yang nakal, ucapan salam mekar dibibir para pelajar setiap
kali bertemu dengan guru malahan mereka ringan tulang untuk membantu guru. Tidak
kira mereka pelajar lelaki mahupun perempuan. Sikap ini telah diterapkan semasa
mereka mula-mula memasuki tingkatan1 lagi sehinggalah ke tingkatan 5.
No comments:
Post a Comment